Wednesday 20 July 2016

Taman Rekreasi Barokah buat Pencinta Ketenangan

First time jejak kaki dekat Barokah Chalet atau Taman Rekreasi Barokah,
hakaq rasa teruja sangat dengan persekitaran dan pemandangannya...
Masyaallah... nikmat ketenangan buat si pencinta alam mula meresap ke dalam jiwa hakaq.



 Lokasinya yang mengadap pantai dan laut China Selatan terbentang luas di depan mata.
Deruman bisikan ombak seakan mula memanggil-manggil,
Lambaian pokok rhu seakan-akan menanti kedatangan hakaq ke sini...




AKHIRNYA, hakaq dapat menikmati ketenangan ini yang telah lama hilang dalam diri hakaq.
Mungkin tekanan tesis dan dunia penyelidikan selama ini telah meragut ketenangan ini.
Hampir 4 semester terlibat dalam penyelidikan, hidup hakaq tak tentu hala...
Tidur , mimpi SV,
Makan ingat field,
Siang hadap tesis,
SERIUS hakaq STRES...

Tapi bila hakaq datang ke sini, terus hilang segalanya,
Lupa segalanya...
dan 
Kalau boleh harap tak akan menganggu hidup hakaq lagi selepas ini..hehehe











Hakaq suka view kat sini...
Teringin nak buat fotoshoot untuk design terbaru nanti dekat sini 
dan 
OF COURSE hakaq nak datang lagi ke sini.

Selain dari viewnya yang cantik, hakaq suka sebab time hakaq buat BBQ semua kelengkapan tersedia. 
Hakaq tak perlu bawak dari rumah...

Best ke tak best?
Uolls datang bawak body, nikmati keindahan alam dan dapat makan, perut kenyang. 

Syok wei... hehehhe


Di mana lokasi Taman Rekreasi Barokah? 
Taman Rekreasi Barokah  terletak di Daerah Bachok iaitu iaitu di Kampung Telong, hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari Pekan Bachok.


Apa yang terdapat di sini?
-terdapat 9 buah chalet berhawa dingin dan selesa.
-pantai yang cantik dan bersih.
-lokasi berdekatan dengan pantai.
-Sesuai untuk buat Hari Keluarga, Reunion, Kem motivasi dan lain-lain.



Chalet di Taman Rekreasi Barokah


 Chalet di Taman Rekreasi Barokah


Bilik yang selesa



 Lokasi yang mengadap pantai.



 Kemudahan untuk bersantai

Gerenti korang tak kan rasa rugi dengan nikmat yang korang akan rasa selepas datang sini...

Psstt...
pandanglah alam dengan mata hati,
kerana disitu tersimpan keindahan dan rahsia alam
 yang hanya orang yang kenal erti kenikmatan sahaja akan menyedari dan memahaminya..


Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi pihak berikut: 




2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Bachok dengan Jeli jauh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh jugak.. makan masa dalam 2-3 jam dari sini. jemputlah datang sini. best tau :)

      Delete