Thursday 21 July 2016

RESEPI ROTI ARAB EKSPRES by Arni Sabar

Bahan-bahan=
1kg tepung high protein
1 pek mauripan
10g garam halus
80g marjerin
90g gula pasir
1 biji telur
1sd kecil bread impover
450 ml air
.
.
CARA-CARANYA=
1.satu semua bahan kering dalam mixer(gaul rata).
2.masuk air uli sampai elastik (kalau keras tambah air sedikit, lagi lama lagi cantik kejadiannya)
3.ketulkan mengikut saiz yang diingini
4.canai mengikut ketebalan yang kita nak bentuk.
5. biarkan roti naik (lebih kurang 1/2 jam)
6.bakar pada suhu lebih kurang 160-170c (mengikut oven sendiri) lebih kurang 15minit.
6.siap.. roti dimakan dengan kari ayam.





Wednesday 20 July 2016

Taman Rekreasi Barokah buat Pencinta Ketenangan

First time jejak kaki dekat Barokah Chalet atau Taman Rekreasi Barokah,
hakaq rasa teruja sangat dengan persekitaran dan pemandangannya...
Masyaallah... nikmat ketenangan buat si pencinta alam mula meresap ke dalam jiwa hakaq.



 Lokasinya yang mengadap pantai dan laut China Selatan terbentang luas di depan mata.
Deruman bisikan ombak seakan mula memanggil-manggil,
Lambaian pokok rhu seakan-akan menanti kedatangan hakaq ke sini...




AKHIRNYA, hakaq dapat menikmati ketenangan ini yang telah lama hilang dalam diri hakaq.
Mungkin tekanan tesis dan dunia penyelidikan selama ini telah meragut ketenangan ini.
Hampir 4 semester terlibat dalam penyelidikan, hidup hakaq tak tentu hala...
Tidur , mimpi SV,
Makan ingat field,
Siang hadap tesis,
SERIUS hakaq STRES...

Tapi bila hakaq datang ke sini, terus hilang segalanya,
Lupa segalanya...
dan 
Kalau boleh harap tak akan menganggu hidup hakaq lagi selepas ini..hehehe











Hakaq suka view kat sini...
Teringin nak buat fotoshoot untuk design terbaru nanti dekat sini 
dan 
OF COURSE hakaq nak datang lagi ke sini.

Selain dari viewnya yang cantik, hakaq suka sebab time hakaq buat BBQ semua kelengkapan tersedia. 
Hakaq tak perlu bawak dari rumah...

Best ke tak best?
Uolls datang bawak body, nikmati keindahan alam dan dapat makan, perut kenyang. 

Syok wei... hehehhe


Di mana lokasi Taman Rekreasi Barokah? 
Taman Rekreasi Barokah  terletak di Daerah Bachok iaitu iaitu di Kampung Telong, hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari Pekan Bachok.


Apa yang terdapat di sini?
-terdapat 9 buah chalet berhawa dingin dan selesa.
-pantai yang cantik dan bersih.
-lokasi berdekatan dengan pantai.
-Sesuai untuk buat Hari Keluarga, Reunion, Kem motivasi dan lain-lain.



Chalet di Taman Rekreasi Barokah


 Chalet di Taman Rekreasi Barokah


Bilik yang selesa



 Lokasi yang mengadap pantai.



 Kemudahan untuk bersantai

Gerenti korang tak kan rasa rugi dengan nikmat yang korang akan rasa selepas datang sini...

Psstt...
pandanglah alam dengan mata hati,
kerana disitu tersimpan keindahan dan rahsia alam
 yang hanya orang yang kenal erti kenikmatan sahaja akan menyedari dan memahaminya..


Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi pihak berikut: 




Tuesday 19 July 2016

TIP KESIHATAN- SUSU UNTUK BADAN BERANGIN


‪#‎sharing‬
kalau korang rasa badan korang lenguh2 . sengal2 . nk sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa ..
ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu .. 

badan berangin tak elok , tanda2 banyak angin

- Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
mcm2 lahhh .. sooo cara BUAT DIA SENANG SGT

bahan2
😍susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh
😍halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan
cara membuat nya
👉🏻 Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan . sedia untuk di minum 😄😄 .
seeloknye minum ketika susu masih suam .
kesan serta merta . tiba2 korang sendawa dan kentut non stop
BOLEH DI MINUM
😘 lelaki dan wanita
😘 ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je
petua ni sgt berkesan . boleh minum bila2 masa . pagi boleh mlm boleh .. seminggu 2-3kali pun ok
kalau makan pulut lemang byk sgt . badan berangin jeee ,pening ,migraine pun sesuai amalkan susu ni .
SHARE !
credit : FB Nurul Diana
sumber: #AiniFood




Dapur Myhara: Kepah Masak Berempah

Malam ni giliran hakaq kena masak untuk makan malam. 
Intai-intai bahan apa yang ada dekat dapur tu,
 terjumpa kepah segar yang baru di beli petang tadi.
Harga kepah dekat sini RM5 sekilo.
Dekat tempat anda pula macam mana?



Hakaq suka resepi yang simple dan mudah untuk di masak, 
Tiba-tiba terbayang Kepah Masak Berempah. 

So, apa lagi...
Mulalah hakaq membuka silat di dapur. :)

RESEPI KEPAH MASAK BEREMPAH


Bahan-bahan

Serai-kisar
Lengkuas-kisar
Bawang Merah-kisar
Bawang Putih-kisar
Halia-kisar
Cili Padi (mengikut kesesuaian citarasa, kalau nak pedas banyakkan cili api)- kisar

Kepah 1kg
2sd sos tiram
2sd sos cili
2sd kari
1 kiub ikan bilis
Gula 
Garam


Cara-caranya:


  1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, rempah kari dan kiub ikan bilis.
  3. Masukkan lala (masak sebati)
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Siap untuk dihidang.
Simple dan senang.
 Ready untuk di makan dengan nasi yang masih panas.
Sedapnya :)



Monday 18 July 2016

Tok Bali Syurga buat Seafood lover


Setiap kali balik kampung, mesti Mai rasa teruja sangat nak teroka makanan laut. Al-maklumlah rumah dekat kawasan laut. so... I', one of  the seafood lover in the world.hehee

Tok Bali, Kelantan kampungku tercinta.
 Siapa dah pernah singgah dekat sini?
Buat Seafood lover, anda harus jadikan kawasan ini sebagai salah satu persinggahan anda. hehee

Buat mereka yang belum pernah dengar dan baru pertama kali dengan nama Tok Bali ni mesti tertanya-tanya dimana lokasinya?
 Tok bali dikenali sebagai pelabuhan perikanan di Kelantan yang terletak 48km dari Kota Bharu dan berada di daerah Pasir Puteh.
Berada di pesisir pantai dan menghadap laut China Selatan.


Apa yang best dekat sini?
Tok Bali merupakan salah satu kawasan peranginan di Kelantan dan terletak di persisir pantai.
Ia juga di kenali sebagai Terminal Pendaratan Ikan Segar, dan terdapat Pasar Tiba di mana hasil tangkapan laut akan di pasarkan kepada orang ramai.
Hasil tangkapan laut seperti SOTONG, IKAN, UDANG, KETAM semuanya dalam keadaan segar.

Dekat sini juga ada banyak tempat makan yang boleh dijadikan persinggahan untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. heheee

Makanan yang menjadi tarikan dan perhatian ramai dekat sini? 
Maggie Ketam, Pulut Ikan Bakar dan Ikan Bakar menjadi pilihan ramai pengunjung.
Juara Ikan Bakar
merupakan salah sebuah restoren yang mendapat perhatian ramai para pengunjung. Malah terdapat banyak lagi restoren makanan yang terdapat di sepanjang jalan di kawasan ini. Jadi jangan risau, anda mempunyai banyak pilihan untuk menjamu selera. 

Maggi Ketam


Pulut Ikan Bakar


Penginapan di sekitar Tok Bali?
Buat anda yang datang dari jauh, di sini juga terdapat tempat persinggahan untuk menginap sama ada resort bertaraf empat bintang dan chalet. 
Antaranya ialah Tok Aman Bali Beach Resort, Awana Inn Hotel, Dee Wana Resort, D'Muara Chalet.
Jika anda ingin menginap di luar kawasan Tok Bali, anda boleh menginap di Sudara Resort, Permai Chalet, Villa Danialla dan Barokah Chalet yang terletak di jalan Pantai Melawi-Tok Bali.

Tok Aman Bali Beach Resort

D'Muara Chalet.

Barokah Chalet

Bagaimana untuk ke Tok Bali?

1. Dari Kota Bharu:
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan melalui Bachok atau Pasir Puteh.

2. Dari Kuala Terengganu:
Perjalanan menghala ke Kuala Besut.
Kuala Besut ke Tok Bali hanya 12Km.

Jadi, Buat mereka sukakan kedamaian dan ketenangan...
anda harus meninggalkan jejak anda di tempat ini.
Pasti tak menyesal...